|
NOKIA C3-00
Monday, 25 July 2011 | 22:03 | 0 comments
OMG ! mcm tkpercayee lha smlm ayahh belikan fon tokk aku . fon yangg aku suke pulak tuh . smlm niaat nak g KLINIK lhaa konon . akuu bukan mayeen semangadd siap . coz pening palee . theen dah nakk gerak . ayah cakapp , kitee g IOI MALL duluu . at first, I could not detect the intention of my father to buy the phone for me . theen aku dengaar abg cakapp kad ayah . kadd atas bagoos , apee yang bagos pum eentah lhaa . akuu dengan mama pum follow lhaa buntot dowg nih . haha ! dahh smpay kadd atas . ayahh g kad kedai fon . then ayahh nanye . manee fon adeq nakk tuh ? aku tunjokk lha nih . aww aww ♥ engadd ayah nak " servey " tempaat tuh . tapy mahaal . akuu usha kadd sumee kedai yangg ade kad situu . RM 400 > wow ! kadd GIANT baruu RM 300 lbeeyh memory 4 GIG , kadd sini RM 400 but 2 GIG , ishh ! akuu cakap kadd abg . kadd GIANT 4 GIG baruu RM300 lbeyh . abgg kate kadd situ bagos . aku pum . yelhaa , akuu nak warnee PURPLE , lawa , nmpakk lembut jea . kadd blakangg pum adee corak-2 , tapyy kad situu tkdee , juust tggl warne PINK , GOLD , andd BLUE BLACKK , apek tuhh cakap if paakai warne PINK look moree YOUNGERS lhaa , haha ! akuu dah mmg YOUNGER lhaa , then ayahh minta tgokk warne BLUE BLACK , tapy TKLAWAA ! disituu lha mama dengan ayah " berentam " , haha ! akuu dah segan pum adee kad situ , aku pum buaad lha katee putos untukk mengambil fon warnee PINK , aww aww ♥ sweetlhaa jugak . belekk munya belek , aku dahh " blurr " kadd situ , mcm manee nakk servee internet ? cmnee nak ON bluetooth ? aiyoo , doakann aku selese dengaan fon kesayangaan aku nih jela :DD boiboi ♥ i dunt want to losee my besties :(
| 02:10 | 0 comments
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu.. P/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku.... |